melalui pembacaan sy di internet,seorang lelaki y dikenali sebagai Adityawarman dipercayai telah menubuh kerajaan Pagar Ruyung dan memerintah di kawasan Sumatra tengah dari 1347 hingga 1375 dan menguasai perdagangan emas di sana. Beberapa artifak yang ditemui dari era pemerintahan Adityawarman ini termasuk batu-batu yang mengandungi inskripsi dan beberapa tugu-tugu. Artifak-artifak ini kebanyakkanya dijumpai di Bukit Gombak, sebuah bukit yang berdekatan dengan kawasan Pagar Ruyung moden, dan dipercayai telah berdiri sebuah istana di sana.
Menjelang kurun ke-16, selepas pemerintahan Adityawarman, diriwayatkan bahawa pemerintahan beraja berpecah kepada tiga. Mereka adalah "Raja Alam", "Raja Adat" dan "Raja Ibadat". Mereka bertiga dikenali sebagai "Rajo Tigo Selo" atau Raja Tiga Kedudukan.
Wednesday, April 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment