Sunday, April 26, 2009

istana seri menanti

istana seri menanti terletak di n.9..sekrg ia dijadikan muzium diraja di kuala pilah,n.9..ia dibina pada thun 1902 dan siap pada thun 1908.bgunan ini mempunyai tinggi 4 tingkat. ia direka oleh 2 org bgsa melayu bernama kahar dan talib.. Kahar menerima anugerah Dato Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana hasil kerjanya itu.

Seperti istana-istana Melayu lama di Nusantara, istana Lama Seri Menanti cukup sederhana, akan tetapi bentuk seni bina tradisionalnya indah. Memang istana-istana kerajaan Islam Melayu tidak semegah istana-istana Islam di Turki, Mesir, Iraq atau India. Istana-istana kerajaan Islam di negara-negara itu sangat megah dan besar. Bahan utamanya batu-batu pilihan yang disusun dengan senibina yang menakjubkan.

Bahan utama istana Lama Seri Menanti adalah kayu-kayu pilihan dari hutan Negeri Sembilan. senibinanya tidak jauh berbeza dengan istana Melayu Minangkabau di Sumatera Barat. Atapnya melengkung seperti tanduk kerbau. Istana ini terdiri dari empat tingkat; semakin tinggi tingkatnya, ruangannya semakin kecil. Lantai paling bawah berupa ruang yang kosong dan terdapat tangga utama untuk menaiki tingkat dua. tingkati dua merupakan bahagian utama istana. Di sini terdapat beberapa ruangan yang dihiasi dengan kain-kain berwarna kuning. Korden di jendela dan pintu, sprei kasur dan sarung bantal, hampir semuanya berwarna kuning. coraki setiap ruang disesuaikan dengan fungsi masing-masing.

Di bahagian muka istana yang menuju ke depan adalah ruang pertemuan Sultan dan pembesar-pembesar kerajaan. . Di bahagian kanan teras istana terdapat ruangan singgasana Sultan, sedangkan di bahagian kirinya merupakan ruang pertemuan keluarga Sultan. Bahagian tengah istana sebagai ruang perjamuan keluarga Sultan dan tamu-tamu kehormatan kerajaan. Ukuran ruangan ini paling lebar dibandingkan ruangan lain yang tergolong kecil. Kamar tidur Sultan terletak di bahagian kanan ruang perjamuan itu, sedangkan di sebelah kirinya terdapat kamar tidur putera dan puteri Sultan yang disambung dengan kamar tidur tamu istimewa kerajaan.

No comments: