Turunnya Nabi Isa Dari Langit;-
Dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sentiasa ada golongan dari umatku yang berjuang membela kebenaran sehingga Hari Kiamat. Pada ketika itu Nabi Isa akan turun. Berkatalah pemimpin mereka kepada Nabi Isa: “Dipersilakan tuan mengimami kami bersolat!” Nabi Isa a.s, menjawab: “Tidak! Kerana antara kamu sekalian saling pimpin-memimpin sebagai kehormatan dari Allah kepada umat ini.”;-
(Riwayat Muslim).
Isa a.s. memburu Dajjal;-
Daripada Urwah bin Mas'ud Ats Tsaqafi berkata, "Saya mendengar Abdullah bin Amr berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Dajjal itu akan keluar dari kalangan umatku, kemudian ia menetap selama empat puluh 40. Yang meriwayatkan hadis ini berkata: "Saya tidak mengerti apakah yang dimaksudkan itu empat puluh 40 hari atau empat puluh 40 bulan atau empat puluh 40 tahun..." Selanjutnya baginda bersabda: "Allah mengutus Isa mencari Dajjal itu kemudian membinasakannya. Setelah itu manusia menetap seperti biasa selama tujuh 7 tahun. Tidak ada pertengkaran antara dua 2 orang (pada waktu itu umat manusia hidup dalam kerukunan;-
(Riwayat Muslim).
Saturday, August 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment